Tuesday, April 28, 2015

Set Berpantang Tanamera

Hi, harini rasa macam nak share pasal set Tanamera. Set Tanamera ni saya beli di Maternity & Children Expo, SACC Shah Alam macam dalam iklan dekat bawah ni:


Kalau nak tahu pasal Maternity & Children Expo ni, or nak dapatkan update terkini pasal Expo akan datang, boleh la like FB dia : MATERNITY & CHILDREN EXPO

Set Tanamera ni, saya beli loose je, bukan the whole set. Sebab rasa macam tak nak guna semua pun dalam set tu. So, yang saya beli adalah:

VIRGIN COCONUT OIL (VCO) TANAMERA


HERBAL BATH TANAMERA


Tak guna lagi, nak guna masa berpantang nanti. Boleh menyegarkan badan, mengeluarkan angin dari badan.

HERBAL MASSAGE OIL TANAMERA


Tak guna lagi, nak guna masa berpantang nanti. Boleh menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan untuk minyak urut.

BROWN SOAP TANAMERA


Brown soap ni saya beli sampai dua. Haha. Sebab nak pakai sebelum bersalin sampai lah selepas bersalin. Saya dah start guna pun sekarang ni. Bau die saya tak suka sangat, bau herbal yang sangat kuat. Tapi kesan dia memuaskan so far. Time preggy ni tiba-tiba badan jadi gatal, so lepas pakai brown soap ni, memng berkurang lah gatal tu. hehe. 

Dari review mommies lain, brown soap ni boleh memutihkan kulit (sebab preggy women akan naik bintik-bintik gelap di badan) and boleh kurangkan stretch mark. Disebabkan saya baru je guna dua hari, so tak nampak lagi la kesan untuk yang ini.

KIDZ BABY SPOT MASSAGE OIL (MINYAK TELON) TANAMERA


Minyak Telon Tanamera ni tak ada dalam Set Berpantang Tanamera tu. Bau dia lebih kurang macam bau Minyak Yu Yee, tapi dia selamat untuk dimakan. Yang ni saya nak highlight. Kalau beli massage oil untuk baby, beli yang selamat untuk dimakan. Bukan kita nak kasi baby tu makan, tapi memang tabiat baby dia suka jilat-jilat jari dia, lengan dia.

No comments: