Tuesday, April 28, 2015

Set Berpantang Tanamera

Hi, harini rasa macam nak share pasal set Tanamera. Set Tanamera ni saya beli di Maternity & Children Expo, SACC Shah Alam macam dalam iklan dekat bawah ni:


Kalau nak tahu pasal Maternity & Children Expo ni, or nak dapatkan update terkini pasal Expo akan datang, boleh la like FB dia : MATERNITY & CHILDREN EXPO

Set Tanamera ni, saya beli loose je, bukan the whole set. Sebab rasa macam tak nak guna semua pun dalam set tu. So, yang saya beli adalah:

VIRGIN COCONUT OIL (VCO) TANAMERA


HERBAL BATH TANAMERA


Tak guna lagi, nak guna masa berpantang nanti. Boleh menyegarkan badan, mengeluarkan angin dari badan.

HERBAL MASSAGE OIL TANAMERA


Tak guna lagi, nak guna masa berpantang nanti. Boleh menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan untuk minyak urut.

BROWN SOAP TANAMERA


Brown soap ni saya beli sampai dua. Haha. Sebab nak pakai sebelum bersalin sampai lah selepas bersalin. Saya dah start guna pun sekarang ni. Bau die saya tak suka sangat, bau herbal yang sangat kuat. Tapi kesan dia memuaskan so far. Time preggy ni tiba-tiba badan jadi gatal, so lepas pakai brown soap ni, memng berkurang lah gatal tu. hehe. 

Dari review mommies lain, brown soap ni boleh memutihkan kulit (sebab preggy women akan naik bintik-bintik gelap di badan) and boleh kurangkan stretch mark. Disebabkan saya baru je guna dua hari, so tak nampak lagi la kesan untuk yang ini.

KIDZ BABY SPOT MASSAGE OIL (MINYAK TELON) TANAMERA


Minyak Telon Tanamera ni tak ada dalam Set Berpantang Tanamera tu. Bau dia lebih kurang macam bau Minyak Yu Yee, tapi dia selamat untuk dimakan. Yang ni saya nak highlight. Kalau beli massage oil untuk baby, beli yang selamat untuk dimakan. Bukan kita nak kasi baby tu makan, tapi memang tabiat baby dia suka jilat-jilat jari dia, lengan dia.

Monday, April 27, 2015

Kelas Antenatal HUKM 2015

Hi, I attend kelas antenatal HUKM ni pada 25 April 2015 and for my opinion, kelas ni sangat berguna for first time mommy. Kelas antenatal ni selalunya dibuat sekali sebulan. So, better book awal-awal if planning nak attend. Yuran Kelas Antenatal ini RM120 untuk 2 orang (suami dan isteri). Kelas start pada pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang. Tapi, peserta kelas digalakkan untuk datang lebih awal untuk pendaftaran.


Bangunan HUKM


Dapat goodies semasa pendaftaran

Antara topik yang diajar dalam kelas ini adalah Perubahan Fizikal dan Emosi ketika Hamil, Pain Relief During Labour, Type of Labour, Family Planning, Stem Cell, Pengurusan Bayi selepas Lahir, Breast Feeding, Good Exercises For Pregnant Women, and banyak lagi pasal pregnancy, labour and baby. Semua information sangat berguna ok!


Dalam kelas


Siap dapat nota dalam file lagi. hehe


Exercise

Selepas kelas, aktiviti terakhir adalah senaman. Peserta akan diberi tunjuk ajar secara praktikal. Antara senaman yang diajar adalah senama untuk preggy women, senaman ketika bersalin dan senaman selepas bersalin untuk dapatkan semula bentuk badan asal.

Selepas senaman, kami dibawa melawat tempat-tempat penting di HUKM seperti ward bersalin, bilik bersalin, bilik pembedahan.

Makanan disediakan, jangan risau. Minum pagi, lunch dan minum petang.

Thursday, April 9, 2015

Website dan Blog

Hai, ingin membina laman web (website) atau blog? Boleh layari link FREELANCE WEBSITE & BLOG DESIGNER untuk keterangan lebih lanjut.

Antara template yang disediakan adalah seperti berikut:

TEMPLATE 1


TEMPLATE 2


TEMPLATE 3


TEMPLATE 4


TEMPLATE 5


TEMPLATE 6




Tuesday, April 7, 2015

Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat

Alhamdulillah, majlis Solat Hajat dan Doa Selamat telah pun selesai pada hari Sabtu, 4 April 2015 selepas solat Zohor di Pahang. Semua berjalan dengan lancar. Makanan kami prepare sendiri dengan pertolongan dari rakan-rakan, saudara dan jiran tetangga. Terima kasih buat semua yang membantu :)











Gambar time buat majlis preparation je yang ada. Time majlis, dah busy tak sempat nak snap picture dah. haha

MENU MAJLIS:
Nasi Putih
Kari Ayam
Ikan Goreng
Daging & Kacang Panjang Goreng Kunyit
Sambal Belacan
Air Sirap
Buah Tembikai


*pulut kuning dengan goodies tu kami prepare untuk kasi dekat orang yang datang solat hajat. wee

*Majlis kami buat kecil saja. Jemput jiran-jiran dengan saudara terdekat je.


PS: Tolong doakan keselamatan kami yer nanti. Di kesempatan ini, saya dan suami dan memohon maaf jika ada salah dan silap. Halalkan semua ya. xoxo